Skip to main content

Dunia

2 warga Iran didakwa rancang serangan terhadap masyarakat Yahudi di Britain

Dua warga Iran dihadapkan ke sebuah mahkamah London pada Sabtu (3 Okt) atas tuduhan merancang tindakan pengganasan menggunakan alat letupan buatan sendiri untuk menyasarkan masyarakat Yahudi di utara England.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga Iran didakwa rancang serangan terhadap masyarakat Yahudi di Britain

Pintu masuk Mahkamah Majistret Westminster di London pada 13 Mac 2021. (Gambar fail: REUTERS/Hannah McKay)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 09:15PM
2 Iranian nationals charged with planning attack on Jewish community in Britain
  • Two Iranian nationals, Rahman Salehi and Salam Ahmadyan, were charged in London on Oct 3 with planning a terrorist attack against the Jewish community in Manchester.
  • Prosecutors said they had conducted hostile reconnaissance at the Manchester Jewish Museum and Heaton Park synagogue, and planned to use improvised explosive devices.
  • Both were arrested on Sep 20, did not enter a plea, and were remanded in custody until a hearing at the Old Bailey on Oct 23.
  • The case emerged as Britain investigates other threats linked to Iran, including RAF Fairford, although Iran has rejected the allegations and police denied any link between the two investigations.
Dijana oleh AI
LONDON: Dua warga Iran dihadapkan ke sebuah mahkamah London pada Sabtu (3 Okt) atas tuduhan merancang tindakan pengganasan menggunakan alat letupan buatan sendiri untuk menyasarkan masyarakat Yahudi di utara England.

Rahman Salehi, 34 tahun, dan Salam Ahmadyan, 36 tahun, diberkas pada 20 September, ketika bermulanya acara Yom Kippur, hari paling suci dalam kalendar Yahudi.

Menurut pihak pendakwa raya, kedua-dua lelaki itu dituduh menjalankan pemantauan yang bersifat "bermusuhan" terhadap beberapa lokasi yang berpotensi menjadi sasaran masyarakat Yahudi di Manchester.

Antara lokasi itu ialah Muzium Yahudi Manchester dan rumah ibadat Heaton Park, lokasi serangan maut hampir setahun lalu yang meragut nyawa dua penganut Yahudi.

DIDAKWA RANCANG GUNA ALAT LETUPAN BUATAN SENDIRI

Pendakwa Mark Luckett memberitahu Mahkamah Majistret Westminster bahawa kedua-dua tertuduh didakwa membuat persiapan untuk melakukan tindakan pengganasan terhadap masyarakat Yahudi di Manchester menggunakan alat letupan buatan sendiri.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu dipercayai berhubung dengan seorang lagi individu yang didakwa mengarah dan menyelaraskan rancangan serangan tersebut.

Individu berkenaan juga didakwa memberikan arahan mengenai cara menghasilkan alat letupan tersebut.

Pihak pendakwa raya menilai individu itu sebagai seorang warga Iran yang kemungkinan besar beroperasi dari Iran.

Kedua-dua tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan dan ditahan reman sehingga perbicaraan seterusnya di Mahkamah Old Bailey di London pada 23 Oktober.

BRITAIN BERDEPAN ANCAMAN DIKAITKAN DENGAN IRAN

Kes terbaharu itu berlaku ketika Britain sedang menyiasat satu lagi rancangan yang disyaki menyasarkan pangkalan udara RAF Fairford, yang digunakan tentera Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan terhadap Iran.

Polis Britain minggu ini memberkas seorang lelaki yang mempunyai dua kerakyatan Britain-Iran kerana disyaki membuat persiapan untuk melakukan tindakan pengganasan berhubung kes tersebut.

Perdana Menteri Britain Andy Burnham sebelum ini berkata terdapat "petunjuk yang kukuh" bahawa Iran memainkan peranan dalam kegiatan mencurigakan berhampiran RAF Fairford. Iran menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Polis antipengganasan Britain menegaskan bahawa kes di Manchester tidak mempunyai kaitan dengan siasatan RAF Fairford.

Britain juga mencatatkan peningkatan ketara dalam fahaman antiYahudi sejak serangan Hamas terhadap Israel pada Oktober 2023 yang mencetuskan perang di Gaza.

Menteri Dalam Negeri Britain Shabana Mahmood berkata negara itu berdepan pelbagai ancaman serius daripada Iran, termasuk terhadap masyarakat Yahudi serta pengkritik Tehran di luar negara.

Iran sebelum ini menolak dakwaan bahawa ia terlibat dalam beberapa rancangan serangan di Britain.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita