Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 warga asing ditahan, cuba culik kanak-kanak di Genting Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga asing ditahan, cuba culik kanak-kanak di Genting Highlands

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 10:14PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 10:14PM

KUANTAN: Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini. 

Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar, menerusi kenyataan pada Khamis (22 Sep), berkata suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 pagi Khamis, dua hari selepas bapa mangsa yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis berhubung kejadian. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan. 

Pada Isnin, video selama seminit 20 saat tular dari akaun Tik Tok milik @alfitry_azimi52, mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu, yang turut dimuat naik di akaun Facebook Daily Traffic Report. 

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa