Skip to main content

Dunia

2 wanita terbunuh dalam insiden tembakan di asrama universiti di Texas

Dua orang wanita terbunuh dalam satu insiden tembakan yang berlaku pada Isnin (3 Feb) di sebuah asrama universiti di Texas.

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita terbunuh dalam insiden tembakan di asrama universiti di Texas

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Feb 2020 06:51PM Dikemas Kini : 04 Feb 2020 06:54PM

TEXAS: Dua orang wanita terbunuh dalam satu insiden tembakan yang berlaku pada Isnin (3 Feb) di sebuah asrama universiti di Texas.

Ketua Polis universiti Bryan Vaughn mengatakan para pegawai yang sedang memberi respons kepada panggilan bantuan pada waktu pagi menemui dua wanita yang meninggal dunia dalam sebuah bilik di asrama Pride Rock.

Menurutnya, seorang kanak-kanak berusia dalam dua tahun juga ditemui dalam bilik yang sama dan dibawa ke hospital, di mana beliau berada dalam keadaan stabil.

Namun, Encik Vaughn tidak mengatakan sama ada wanita itu merupakan mahasiswa universiti tersebut.

Sekatan kemasukan terhadap kampus itu yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa dibubarkan pada petang Isnin dan polis mengatakan tiada ancaman lain yang kelihatan.

Para pegawai belum mengenal pasti identiti suspek.

Insiden ini menandakan kes terbaru dalam peningkatan jumlah insiden penembakan di kolej dan sekolah di Amerika dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber : AP/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita