Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 wanita Palestin ditembak mati oleh askar Israel

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita Palestin ditembak mati oleh askar Israel

(Gambar: Jaafar Ashtiyeh/AFP)

Diterbitkan : 11 Apr 2022 06:18PM Dikemas Kini : 11 Apr 2022 06:18PM

BAITULMAKDIS: Pasukan keselamatan Israel menembak mati dua wanita Palestin selepas salah seorang daripada mereka berlari ke arah askar-askar manakala seorang lagi menikam seorang askar Israel.

Demikian menurut para pegawai keselamatan Israel. 

Dalam kejadian di Baitulaham, tiada sebarang senjata ditemui pada mayat wanita Palestin yang ditembak selepas tidak mengendahkan amaran askar-askar Israel agar berhenti.

Beberapa jam kemudian, seorang lagi wanita Palestin ditembak mati setelah menikam seorang askar Israel, lapor Reuters. 

Kawalan keselamatan di Israel diletakkan dalam tahap berjaga-jaga yang tinggi selepas tiga orang Arab dan dua orang Palestin menyebabkan 14 kematian di Israel sejak Mac lalu.

Lebih 20 orang Palestin, kebanyakannya askar bersenjata, dibunuh oleh pasukan Israel sejak Januari, manakala warga Palestin melaporkan peningkatan aksi keganasan oleh penghuni Israel di Tebing Barat. 

Sumber : Reuters/AA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa