Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 wanita AS keturunan Asia ditikam di San Francisco

Polis sedang memburu seorang lelaki yang menikam dua wanita berketurunan Asia tanpa sebarang sebab pada Selasa (4 Mei) di sebuah kawasan kejiranan San Francisco.

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita AS keturunan Asia ditikam di San Francisco

Seorang individu memakai pelitup bergambar dengan latar langit San Francisco. (Gambar: AP/Jeff Chiu)

Diterbitkan : 05 May 2021 01:34PM Dikemas Kini : 05 May 2021 01:36PM

SAN FRANCISCO: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menikam dua wanita berketurunan Asia tanpa sebarang sebab pada Selasa (4 Mei) di sebuah kawasan kejiranan San Francisco.

Para pegawai polis dikerahkan ke 4th Street dan Stockton Street sejurus sebelum pukul 5.00 petang (6.30 pagi pada Rabu, waktu Singapura) dan mendapati wanita-wanita itu cedera. Mereka kemudian dikejarkan ke sebuah hospital.

Tiada maklumat lanjut tentang keadaan mereka.

Para saksi memberitahu KPIX-TV bahawa salah seorang wanita itu kelihatan seperti warga tua dan seorang lagi dalam lingkungan usia 30-an tahun.

Mereka memberitahu para pegawai bahawa seorang lelaki yang membawa sebilah pisau sedang berjalan di Market Street apabila dia menghampiri perhentian bas lalu menikam kedua-dua wanita itu.

Polis bagaimanapun tidak segera mendedahkan sama ada wanita-wanita itu memang menjadi sasaran atau serangan itu berunsur kebencian.

Warga Amerika berketurunan Asia menjadi sasaran beberapa insiden serangan tanpa sebab di kawasan San Francisco Bay sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pihak pendakwa sudahpun memfailkan dakwaan serangan dan jenayah kebencian terhadap seorang lelaki yang dituduh melancarkan serangan pada minggu lalu, di mana dia didakwa menghamburkan celaan bersifat perkauman sebelum menyerang Carl Chan, iaitu presiden Dewan Perniagaan Chinatown Oakland.

Dalam satu insiden berasingan di San Franciso pada bulan Mac, seorang lelaki Vietnam berusia 83 tahun diserang dan cedera pada bahagian leher apabila terjatuh. Seorang wanita berusia 77 tahun juga diserang dengan cara sedemikian.

Polis memberkas seorang lelaki atas kesalahan menyerang dan mendera warga tua dalam kedua-dua kes itu.

Seorang lagi lelaki berusia 38 tahun ditolak sehingga patah tulang punggung pada Februari lalu dan terpaksa dirawat di hospital dan melalui proses pemulihan selama berminggu-minggu.

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan