2 vaksin baru terhadap selesema burung terbukti berkesan di makmal Belanda
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail ayam. (Gambar: Mohd RASFAN/AFP)
AMSTERDAM: Dua vaksin yang diuji di pusat kajian veterinar Belanda
terbukti berkesan terhadap selesema burung yang mudah berjangkit dalam satu kajian yang dijalankan dalam keadaan terkawal.
Demikian menurut pihak berkuasa Belanda pada Jumaat (17 Mac).
"Bukan sahaja vaksin tersebut memberi perlindungan kepada haiwan ternakan yang digunakan dalam makmal, ia juga dapat melawan penulaan jangkitan selesema burung tersebut," menurut pemerintah Belanda dalam satu kenyataan.
Influenza avian, atau lebih dikenali sebagai selesema burung, sudah merebak ke seluruh dunia dalam tempoh setahun lalu dan membunuh lebih 200 juta ekor burung, enam juta di Belanda sahaja. Harga telur melonjak dan ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerintah mengenai jangkitan kepada manusia.
Vaksin baru itu sudah diuji oleh Wageningen Bioveterinary Research, yang terletak di timur laut Amsterdam, atas perintah Menteri Pertanian Belanda, Piet Adema.
"Saya gembira kerana kita mempunyai dua vaksin yang kita boleh gunakan untuk meneruskan proses vaksinasi ke tahap seterusnya. Saya akan melaksanakan langkah seterusnya secepat mungkin tetapi dengan bertanggungjawab," kata Encik Adema dalam satu kenyataan.
Syarikat veterinar Perancis, Ceva Sante Animale memberitahu Reuters bahawa ia menghasilkan satu daripada dua vaksin yang terbukti berkesan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.