Skip to main content

Dunia

2 tentera Britain cedera akibat serangan ISIS

Dua anggota tentera Britain cedera pada Sabtu (5 Jan) di timur Syria akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan ISIS, menurut sebuah NGO.

Anggaran Waktu Membaca:
2 tentera Britain cedera akibat serangan ISIS

Penggempur dari Tentera Demokratik Syria mengambil selfie sambil berdiri berhampiran runtuhan tapak yang musnah di Raqqa. (Gambar: REUTERS/Rodi Said)

Diterbitkan : 06 Jan 2019 11:18PM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 11:23PM

BEIRUT: Dua anggota tentera Britain cedera pada Sabtu (5 Jan) di timur Syria akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan ISIS, menurut sebuah NGO.

Badan Syrian Observatory for Human Rights menyatakan kedua-dua askar itu adalah sebahagian daripada perikatan anti-ISIS antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.

"Dua askar Britain dibawa keluar dengan helikopter untuk menerima rawatan," pengarah Observatory Abdel Rahman berkata kepada AFP.

Seorang juruterbang pesawat pejuang Kurdi dari Angkatan Demokratik Syria (SDF) meninggal dunia dalam serangan itu di kampung Al-Shaafa di wilayah Deir Ezzor, salah satu kawasan terakhir wilayah itu yang masih dikawal oleh ISIS di lembah Sungai Euphrates.

SDF, sebuah perikatan yang banyak dianggotai oleh pejuang Kurdi, menerajui perjuangan menentang ISIS dengan disokong oleh beberapa negara Barat termasuk Britain.

Perikatan antarabangsa merampas Hajin, yang merupakan kawasan utama ISIS, pada Disember selepas pertempuran berbulan-bulan yang menyaksikan para pejuang jihad melancarkan serangan balas yang hebat. ISIS, yang pernah menguasai banyak kawasan di Syria dan Iraq, dibedil bertubi-tubi oleh pelbagai serangan.

Sejak September, lebih daripada 1,000 pejuang ISIS terbunuh dalam pertempuran, berbanding kurang 600 anggota SDF. 15,000 orang melarikan diri dari Hajin, menurut Observatory.

Bulan lalu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan langkahmenarik balik sekitar 2,000 askar dari Syria, yang dikerahkan untuk menyokong SDF. Presiden Trump mendakwa bahawa ISIS sudah ditewaskan.

Perang Syria, yang bermula pada 2011, menyebabkan lebih daripada 370,000 kematian dan memaksa berjuta-juta orang untuk melarikan diri dari kampung halaman.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita