Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 tahun berlalu, WHO beri amaran pandemik COVID-19 "masih belum ada penghujungnya"

Anggaran Waktu Membaca:
2 tahun berlalu, WHO beri amaran pandemik COVID-19 "masih belum ada penghujungnya"

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus (Gambar: Fabice Coffrini/AFP)

GENEVA: Pandemik masih belum ada penghujungnya, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Rabu (9 Mac).

Dua tahun sudah berlalu sejak beliau mengumumkan untuk kali pertamanya pada 11 Mac 2020 mengenai kemunculan ancaman COVID-19 dan sehingga sekarang ini, ia masih lagi menular dan melonjak di beberapa bahagian dunia.

"Dua tahun kemudian, lebih enam juta orang sudah terkorban," kata Tedros dalam satu sidang media.

"Walaupun jumlah kes dan kematian yang dilaporkan semakin merosot secara global, dan beberapa negara sudah menarik balik sekatan, pandemik masih belum ada penghujungnya - dan ia tidak akan berakhir di mana-mana sehingga ia berakhir di semua tempat."

Beliau berkata terdapat kenaikan 46 peratus dalam kes baru minggu lalu di rantau Pasifik Barat WHO, di mana 3.9 juta jangkitan dicatatkan.

"Virus itu terus berubah-ubah dan kita berterusan berdepan kekangan-kekangan besar dalam mengagihkan vaksin, ujian dan rawatan di mana yang perlu" kata Encik Tedros.

Beliau juga memberi amaran tentang kadar ujian yang menjunam sejak kebelakangan ini, sambil menambah ia membuatkan dunia kabur dengan apa lagi yang akan tercetus akibat COVID-19.

"WHO bimbang dengan beberapa negara yang mengurangkan ujian secara drastik," kata Encik Tedros.

"Ini menghalang keupayaan kami untuk melihat di mana virus itu, bagaimana ia menular dan bagaimana ia berubah."

GESAAN UNTUK BERWASPADA

Jumlah kes baru susut lima peratus di seluruh dunia pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya, sementara jumlah kematian merosot lapan peratus.

Bagaimanapun, Maria Van Kerkhove, iaitu ketua teknikal COVID-19 WHO, memberi amaran bahawa kadar tersebut pastinya anggaran yang rendah disebabkan kerana kemerosotan mendadak ujian.

"Walaupun kami melihat trend kemerosotan...terdapat lebih 10 juta kes dilaporkan pada tahap global minggu lalu."

"Kita perlu terus berwaspada."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan