Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 subvarian baru Omicron punca jumlah kes COVID-19 naik di AS

Anggaran Waktu Membaca:
2 subvarian baru Omicron punca jumlah kes COVID-19 naik di AS

(Gambar: Spencer Platt/Getty Images/AFP)

LOS ANGELES: Jumlah kes membabitkan dua subvarian Omicron baru semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS), menambah kebimbangan pakar kesihatan sama ada ia boleh mencetuskan lonjakan kes COVID-19 ketika musim panas.

Demikian menurut laporan Xinhua. 

Subvarian dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, menyumbang hampir 13 peratus daripada kes baru COVID-19 setakat 4 Jun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Selasa (7 Jun). 

Kedua-dua subvarian itu mewakili peratusan kes tertinggi di Texas, New Mexico, Oklahoma, Arkansas dan Louisiana, menurut CDC. 

Sementara itu, satu lagi subvarian BA.2.12.1, yang kekal dominan di negara ini menyumbang 62.2 peratus daripada keseluruhan kes baru. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudahpun menambah varian BA.4 dan BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan