Skip to main content

Dunia

2 selamat, 3 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Aceh

Anggaran Waktu Membaca:
2 selamat, 3 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Aceh

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Oct 2023 06:25PM
JAKARTA: Seramai dua individu berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Sumatera-Aceh di Bandar Subulussalam, wilayah Aceh, pada Jumaat (27 Okt) malam.

Kejadian di Jalan Lintas Medan berhampiran Kampung Lae Ikan di daerah Penanggalan berlaku berikutan hujan lebat pada kira-kira pukul 8.00 malam waktu tempatan, menurut agensi bencana Indonesia.

Seorang jurucakap agensi bencana daerah (BPBD) tempatan, Cut Anita berkata tiga individu yang hilang itu ialah dua orang awam dan seorang pegawai polis dari Penanggalan.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang hilang ini diteruskan di bawah penyelarasan BPBD Subulussalam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Serpihan tanah runtuh yang menghalang jalan sudah dibersihkan, manakala pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu ketika cuaca hujan kerana risiko tanah runtuh.

Berdasarkan ramalan cuaca agensi meteorologi (BMKG) pada Ahad (29 Okt), cuaca di bandar itu dijangka mendung.

Bagaimanapun, hujan lebat diramalkan pada sebelah petang dengan potensi ribut petir pada sebelah malam.

Agensi tersebut juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk supaya sentiasa berwaspada, kerana kemungkinan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita