2 rentung dalam nahas libatkan 4 kenderaan di Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
JOHOR BAHRU: Dua rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak pada Sabtu malam (15 Okt).
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Mohd Fauzi Nor berkata kejadian kira-kira pukul 7.47 malam itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.
“Wanita yang maut ialah penumpang Proton Wira yang dikenali sebagai Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 tahun, yang ditemui tersepit serta rentung di dalam kenderaan terbabit."
“Seorang lagi ialah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (16 Okt).
Beliau berkata lori Isuzu terbakar 70 peratus tetapi pemandu dan penumpang yang dikenali sebagai S. Suresh, 38 tahun, dan Mok You Jian, 22 tahun, selamat.
Tambah Mohd Fauzi lagi, Proton Wira dan Toyota Vios turut terbakar sebanyak 90 peratus, manakala pemandu Proton Wira dan Proton Preve terselamat, katanya lagi.
Sebelum ini, tular satu video seorang lelaki meraung kesedihan kerana tidak sempat menyelamatkan isterinya yang dipercayai rentung dalam kejadian itu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.