Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 remaja lemas di Sungai Segamat, Johor

Dua remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Segamat, Johor Bahru, pada Jumaat (11 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
2 remaja lemas di Sungai Segamat, Johor

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Sep 2020 09:40AM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 09:43AM

JOHOR BAHRU: Dua remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Segamat, Johor Bahru, pada Jumaat (11 Sep).

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata, kedua-dua remaja berkenaan masing-masing berusia 13 dan 15 tahun itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seg Hwa di Tahang Rimau.

“Menurut rakan mangsa, kedua-dua mereka berada di kawasan itu untuk bersiar-siar sambil bermain permainan video di telefon bimbit, namun kemudian tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

“Sehubungan itu, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah dikesan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat malam.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Syed Putra Syed Mohd Al Atas menerusi kenyataan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Tey Shan Shui dan Tan Kah Chun ditemui pihaknya pada pukul 5.20 petang.

Beliau berkata bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik ‘surface and searching’ melibatkan radius lebih kurang 10 meter di sungai itu, sebelum berjaya menemukan kedua-dua mangsa pada kedalaman kira-kira dua meter dari dasar sungai dengan jarak hanya tiga meter dari kawasan tebing.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.22 petang. Ia melibatkan seramai 16 anggota termasuk daripada BBP Segamat bersama satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Fire Rescue Tender (FRT).

“Menurut maklumat diperoleh, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakan ketika kejadian,” katanya. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan