Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 remaja di Korea Utara dikenakan hukuman mati kerana tonton drama Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:

PYONGYANG: Dua pelajar sekolah menengah di Korea Utara dikenakan hukuman mati kerana menonton filem Korea Selatan dan Amerika, menurut satu laporan. 

Menonton atau mengedar drama Korea, atau dikenali sebagai K-drama, dilarang keras di Korea Utara.

Dua remaja lelaki itu, 16 dan 17 tahun, berjumpa pada Oktober di sebuah sekolah di wilayah Ryanggang di Korea Utara dan menonton beberapa rancangan drama Korea Selatan dan Amerika, menurut laporan The Independent. 

Hukuman mati ke atas kedua-dua remaja lelaki itu dilakukan di depan penduduk tempatan di sebuah pangkalan udara di bandar tersebut, lapor The Mirror. 

Insiden tersebut berlaku pada Oktober, namun maklumat mengenai pembunuhan tersebut hanya timbul minggu lalu. 

Pyongyang menyatakan jenayah dilakukan kedua-dua remaja lelaki itu "jahat", justeru penduduk disuruh menyaksikan pelaksanaan hukuman mati itu. 

Tahun lalu, Korea Utara mengumumkan tempoh berkabung selama 11 hari sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il iaitu ayah Jim Jong Un. Sepanjang tempoh itu, penduduk tidak dibenarkan ketawa, berbelanja atau minum alkohol. 

Pada 2020, pemerintah melarang pengaruh dan maklumat asing sebagai sebahagian tindakan keras terhadap rancangan Korea Selatan, yang bertambah popular di negara tersebut. 

Rancangan Korea Selatan diseludup menerusi USB dan ditonton tanpa pengetahuan orang lain untuk mengelak dikenakan denda, hukuman penjara atau hukuman mati. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan