Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 rakyat M'sia didakwa di Guantanamo atas pengeboman Bali pada 2002

Dua rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dalam tragedi pengeboman di Indonesia 19 tahun lalu, akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba pada Isnin (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakyat M'sia didakwa di Guantanamo atas pengeboman Bali pada 2002

(Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohammed Farik dan Hambali akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut AS di Teluk Guantanamo.

Diterbitkan : 29 Aug 2021 09:40PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 09:42PM

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dalam tragedi pengeboman di Indonesia 19 tahun lalu, akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba pada Isnin (30 Ogos).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tentera Amerika Syarikat.

Mohamad Nazir Lep, 45 tahun dan Mohammed Farik Amin, 46 tahun sebelum ini dijadualkan didakwa pada Februari lalu namun ia ditunda kerana pandemik COVID-19.

Nazir dan Farik merupakan antara ahli Jemaah Islamiyah yang ditahan di kem berkenaan sejak tahun 2006 bersama dalang tragedi pengeboman itu, Encep Nurjaman atau Hambali, dari Indonesia.

Dalam kejadian pada 12 Oktober 2002, sekitar 202 orang maut selepas sebuah kelab malam di Bali, Indonesia dibom oleh anggota kumpulan berkenaan.

Sementara itu pada 5 Ogos 2003, Hotel JW Marriot di Jakarta menjadi sasaran kejadian pengeboman menyebabkan 12 orang maut dan puluhan lagi cedera.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu dikatakan berperanan sebagai pembantu Hambali dan pernah dilatih oleh Al-Qaeda.

Mereka berdepan dengan sembilan tuduhan manakala Hambali dikenakan lapan tuduhan.

Antaranya, berkaitan peranan mereka dalam serangan tersebut, konspirasi, percubaan membunuh, pembunuhan, menyebabkan kecederaan dengan sengaja, keganasan dan serangan terhadap orang awam.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan