Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pusat pemindahan sementara ditutup, banjir kilat di Johor surut sepenuhnya

Anggaran Waktu Membaca:
2 pusat pemindahan sementara ditutup, banjir kilat di Johor surut sepenuhnya

Keadaan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kluang dan Pontian sejak Ahad lepas (2 Okt) akibat banjir kilat, ditutup hari ini (7 Okt) selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan hari ini (7 Okt) memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Kluang yang sebelum ini menempatkan 10 mangsa dari Kampung Sungai Linau, ditutup pada pukul 10.00 pagi tadi.

“SK Seri Anom di Pontian pula ditutup pada pukul 12.00 tengah hari tadi setelah dibuka pada Rabu lepas bagi menempatkan penduduk sekitar Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang,” menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan