Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pusat pemindahan sementara dibuka di Johor susulan banjir kilat

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Hujan lebat lebih dua jam pada pukul 10.00 pagi Ahad (2 Okt) menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Pontian dan Kluang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam kenyataan memaklumkan, setakat pukul 4.00 petang, seramai 75 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat. 

"Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Sri Gambut, Pontian ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada pukul 10.00 pagi tadi.

"PPS SK Sri Kampung Renggam di Kluang pula dibuka pada pukul 1.00 tengah hari tadi dan menempatkan 29 orang dari Kampung Tengah, Renggam," menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan