2 polis maut selepas stesen polis di Johor diserang, suspek dipercayai anggota JI
Lima anggota keluarga penyerang ditahan untuk disoal siasat.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.
Beliau turut memaklumkan suspek ditembak mati di tempat kejadian.
Berikutan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.
Jenazah dua anggota dan suspek serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan rawatan.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain yang meninjau Balai Polis Ulu Tiram tiba pada 11.00 pagi, diiringi Komisioner M Kumar dan beberapa pegawai dari Bukit Aman.
Beliau diberikan taklimat mengenai insiden itu dan mengesahkan suspek adalah anggota kumpulan Jamaah Islamiyah (JI).
Suspek yang dipercayai berusia 34 tahun itu didapati telah membuat persediaan awal untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram.
Sehubungan itu, lima ahli keluarga suspek terlibat dalam kejadian serangan itu ditahan bagi bantu siasatan.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota cedera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.