Skip to main content

Dunia

2 petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
2 petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Orang ramai mengelilingi jenazah wartawan Ismail al-Ghoul, yang terbunuh bersama jurukameranya Rami al-Refee dalam serangan Israel ketika membuat liputan mengenai kem pelarian Al-Shati di Gaza, pada 31 Julai 2024. (Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP)

GAZA: Dua petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel pada Rabu (31 Julai).

Agensi Anadolu melaporkan penyiar yang berpangkalan di Doha itu menyatakan bahawa wartawan Ismail al-Ghoul dan jurukameranya Rami al-Rifi terkorban dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta berhampiran kawasan Aidia di barat bandar raya itu.

Pejabat Media Pemerintah Gaza berkata, kematian baharu ini menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Carikan Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023, katanya.

Kematian baharu itu menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Carikan Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023.

Dalam satu kenyataan, pejabat media itu menyeru masyarakat antarabangsa dan organisasi media untuk menghalang pendudukan Israel dan mendakwa mereka di mahkamah antarabangsa atas jenayah berterusan, dan mendesak mereka menghentikan jenayah genosid serta menghentikan pembunuhan wartawan Palestin.

Sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 cedera dalam serangan kejam berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita