2 pesawat berlanggar dalam pertunjukan udara di Idaho
Dua pesawat berlanggar di udara pada Ahad (17 Mei) semasa pertunjukan udara di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho, Amerika Syarikat, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Petikan skrin yang menunjukkan kepulan asap di kawasan lapang berhampiran Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho, tempat di mana dua jet Tentera Laut Amerika Syarikat bertembung semasa pertunjukan udara pada 17 Mei 2026. (Gambar: AP/Lisa Van Horne)
Kejadian itu berlaku semasa pertunjukan udara Gunfighter Skies, lapor Idaho Statesman yang memetik jurucakap pangkalan berkenaan, Antwain Hanks.
Empat payung terjun dilihat di ruang udara berhampiran lokasi kejadian, manakala kepulan asap hitam dilaporkan menjulang dari kawasan itu.
Seorang pengulas pertunjukan udara memaklumkan kepada para penonton bahawa kru pesawat berjaya keluar dengan selamat dan payung terjun mereka berfungsi dengan baik.
Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian. Punca kejadian masih disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.