Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan dari pusat perlindungan sementara

Dua pesakit COVID-19 yang juga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7, di Gua Musang dipindahkan ke hospital bagi rawatan lanjut, pada 12 tengah hari ini (17Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
2 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan dari pusat perlindungan sementara

(Gambar: Sekretariat JPBN Kelantan daerah Gua Musang melalui BERNAMA)

KOTA BHARU: Dua pesakit COVID-19 yang juga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7, di Gua Musang dipindahkan ke hospital bagi rawatan lanjut, pada 12 tengah hari ini (17Dis).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan daerah Gua Musang, Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata kedua-dua pesakit terbabit sebelum ini ditempatkan di PPS tersebut dan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

Beliau berkata pasukannya telah menggunakan bot untuk membawa keluar pesakit dari PPS sebelum diserahkan kepada Hospital Gua Musang. 

"Ketika kerja-kerja membawa mangsa positif COVID-19 ini, pihak kami telah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pakaian serta peralatan perlindungan diri (PPE) bagi mengelakkan penularan wabak kepada anggota bertugas," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Yussalmi keadaan kedua-dua mangsa ketika dibawa keluar dari PPS adalah sihat.

Katanya setakat pukul 1 tengah hari ini, dua PPS telah dibuka di Gua Musang iaitu PPS SK Limau Kasturi 1 dan SK Felda Chiku 7 dengan menempatkan 393 mangsa daripada 68 keluarga.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan