2 penumpang kapal pesiaran Aida Aura diuji negatif COVID-19
Sebuah kapal pesiaran mewah yang dikuarantin semalaman di sebuah pelabuhan di Norway, dibenarkan berlayar pada Selasa (3 Mac) setelah para penumpangnya diuji negatif bagi jangkitan virus COVID-19.
Kapal Aida Aura di pelabuhan Norway pada 3 Mac 2020 (Gambar: AFP / NTB Scanpix / Marit Hommedal)
HAUGESUND: Sebuah kapal pesiaran mewah yang dikuarantin semalaman di sebuah pelabuhan di Norway, dibenarkan berlayar pada Selasa (3 Mac) setelah para penumpangnya diuji negatif bagi jangkitan virus COVID-19.
Menurut penyiar Norway NRK, pengendali kapal Jerman 'Aida Aura' itu meminta penguasa Norway supaya memeriksa dua penumpang Jerman setelah menerima mesej daripada penguasa kesihatan Jerman.
Aida Aura membawa seramai 1,200 penumpang.
Kedua-dua penumpang yang disyaki itu sebelum ini berhubung rapat dengan seorang pesakit yang diuji positif di Jerman.
Seorang doktor tempatan yang memeriksa mereka memberitahu pihak berkuasa bahawa kedua-dua penumpang itu tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti COVID-19.
Hasil ujian pada Selasa menunjukkan kedua-duanya disahkan negatif.
"Ujian COVID-19 dijalankan ke atas kedua-dua penumpang terbabit semalam dan dihantar menggunakan khidmat ekspres untuk dianalisa," kata pengarah lembaga di Norway, Ole Bernt Thorbjornsen.
"Kami kini menerima hasil ujian tersebut dan ia mengesahkan kedua-dua penumpang tidak dijangkiti virus korona itu. Dan kapal (Aida Aura) akan meninggalkan Haugesund secepat mungkin."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.