Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pengendali trak angkat susun didakwa ambil rasuah S$1

Dua pengendali trak angkat susun atau 'forklift' didakwa hari ini (11 Dis) kerana mengambil rasuah bernilai S$1 daripada rakan sekerja mereka sebagai ganjaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2018 01:09PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:16PM

SINGAPURA: Dua pengendali trak angkat susun atau 'forklift' didakwa hari ini (11 Dis) kerana mengambil rasuah bernilai S$1 daripada rakan sekerja mereka sebagai ganjaran.

Chen Ziliang, 47 tahun, dan Zhao Yucun, 43 tahun, sebelum ini bekerja sebagai pengendali trak angkat susun di Depot Container Cogent di mana mereka mencuba mendapatkan "rasuah bernilai rendah" daripada para pemandu lori dari syarikat yang sama, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Chen didakwa atas satu tuduhan cuba memperolehi S$1 daripada seorang pemandu lori sebagai ganjaran supaya memastikan kontena tidak lewat dipulangkan ke kenderaan yang dipandu rakan sekerjanya.

Chen juga didakwa atas satu lagi tuduhan "cuba melaksanakan rancangan" untuk menerima rasuah kecil yang serupa daripada para pemandu lori di Cogent antara Mei 2016 hingga Mac 2018, bagi memastikan kontena-kontena tidak diambil atau dipulangkan dengan lewat.

Seperti Chen, seorang lagi pengendali trak angkat susun, Zhao, juga didakwa atas satu tuduhan "cuba melaksanakan rancangan" untuk memperolehi rasuah dari pemandu lori Cogent antara 2014 September hingga Mac 2018, supaya tidak lambat mengambil atau memulangkan kontena ke kenderaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sebanyak S$100,000 atau dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan