Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pelajar Jepun lemas di pulau peranginan Australia

 Dua pelajar rakyat Jepun berusia 16 tahun dilaporkan mati lemas semasa satu kunjungan sekolah ke sebuah pulau peranginan di bahagian timur Australia, menurut polis hari ini (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 pelajar Jepun lemas di pulau peranginan Australia

Gambar Tasik Mackenzie di Pulau Fraser. (Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 02:20PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 02:25PM

SYDNEY: Dua pelajar rakyat Jepun berusia 16 tahun dilaporkan mati lemas semasa satu kunjungan sekolah ke sebuah pulau peranginan di bahagian timur Australia, menurut polis hari ini (30 Mac).

Jabatan kecemasan melancarkan operasi mencari dan menyelamat berhampiran Tasik Mackenzie di Pulau Fraser dekat Queensland pada lewat Jumaat (29 Mac), selepas kedua-dua pelajar lelaki itu dilaporkan hilang.

Polis menemui mayat kedua-dua mangsa di kawasan perairan pada awal pagi tadi (30 Mac).

"Ia satu peristiwa yang sangat tragik," kata inspektor polis, Tony Clowes, kepada para wartawan hari ini (30 Mac).

Encik Clowes berkata lebih banyak maklumat mengenai kematian itu akan diketahui selepas laporan koroner dikeluarkan.

Beliau menambah, orang awam perlu yakin terhadap keupayaan mereka untuk berenang sebelum berenang di kawasan laut Australia.

"Berhati-hati jika anda memasuki kawasan perairan kerana terdapat risiko berenang di perairan negara ini," katanya.

Menurut Encik Clowes, keluarga kedua-dua mangsa sudahpun dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Pihak berkuasa juga sedang bekerjasama dengan konsulat Jepun bagi menghulurkan bantuan. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan