2 pelajar buat aduan polis, dakwa diliwat pengetua
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua aduan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, yang mendakwa bahawa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Gambar hiasan.
KEPALA BATAS: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua aduan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, yang mendakwa bahawa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kedua-dua pelajar itu membuat aduan polis pada Selasa (23 Okt) dengan mendakwa diri mereka diliwat oleh pengetua berusia 55 tahun itu pada hujung minggu lalu, selepas memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga masing-masing.
Menurut sumber, mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut, yang mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluan masing-masing.
"Dua mangsa mendakwa diliwat pengetua itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah (menengah) berkenaan. Lelaki itu akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan," kata beliau pada Selasa (23 Okt).
Menurut sumber, beberapa pelajar lain turut mendakwa diliwat pengetua berkenaan dan mereka dijangka membuat aduan polis hari ini (24 Okt).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi agensi berita Bernama, mengesahkan bahawa pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu.
Siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.