Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pekerja firma media Rusia didakwa cuba pengaruhi keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
2 pekerja firma media Rusia didakwa cuba pengaruhi keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika

Para penyokong menghadiri acara kempen Hari Buruh bersama Presiden Amerika Joe Biden serta calon presiden Democrat dan Naib Presiden Amerika Kamala Harris di di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika pada Isnin (2 Sep). (Gambar fail: Quinn Glabicki/Reuters)

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Rabu (4 Sep) mendakwa dua pekerja syarikat media Rusia dan lapan editor syarikat itu.

Mereka telah dituduh cuba mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika yang akan diadakan pada November tahun ini.

Jabatan Kehakiman dan Jabatan Perbendaharaan Amerika telah mengumumkan langkah-langkah yang diselaraskan untuk membanteras secara agresif apa yang disifatkan sebagai kempen yang meluas untuk mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Presiden antara calon Democrat Kamala Harris dan calon Republican Donald Trump.

Ini termasuk mengupah sebuah syarikat di Tennessee sekitar AS$10 juta (S$13 juta) untuk mencipta dan mengedarkan kandungan kepada orang awam di Amerika dengan mesej tersembunyi daripada pemerintah Rusia.

Langkah-langkah pemerintah Amerika itu juga termasuk sekatan terhadap dua entiti, menyekat visa pekerja syarikat media yang disokong Kremlin dan merampas 32 domain internet yang digunakan untuk menjana naratif palsu yang dihasilkan melalui kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, ganjaran bernilai AS$10 juta telah ditawarkan untuk mendapatkan maklumat mengenai penggodam yang dikaitkan dengan kumpulan - 'Russian Angry Hackers Did It'.

Washington sudah berulang kali memberi amaran tentang percubaan kuasa asing, termasuk Mosko, untuk campur tangan dan mempengaruhi landskap politik Amerika.

Rumah Putih menggesa rakyat Amerika supaya terus berwaspada tentang bagaimana mereka mendapat bahan dan kandungan berita.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan