2 pegawai kolej Virginia ditembak mati; suspek ditahan
Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pegawai kampus di sebuah kolej swasta pada Selasa (1 Feb), sekali gus menyebabkan kawasan kolej dikepung sebelum suspek ditahan, menurut polis dan pegawai sekolah.
(Gambar: AP)
VIRGINIA: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pegawai kampus di sebuah kolej swasta pada Selasa (1 Feb), sekali gus menyebabkan kawasan kolej dikepung sebelum suspek ditahan, menurut polis dan pegawai sekolah.
Pegawai Kolej Bridgewater mengeluarkan amaran menerusi satu catatan Twitter kepada pelajar dan kakitangan fakulti mengenai lelaki bersenjata yang berada di kampus.
Kolej itu kemudian mengeluarkan catatan susulan pada kira-kira pukul 2.00 petang (pukul 3.00 pagi waktu Singapura) apabila kawasan kolej diisytihar kembali selamat
sekitar jam 4.30 petang (pukul 5.30 pagi waktu Singapura).
Masih belum jelas punca kejadian itu dan tiada kecederaan lain dilaporkan.
Presiden sekolah tersebut David W. Bushman dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pegawai yang terkorban sebagai pegawai polis kampus John Painter dan pegawai keselamatan kampus J.J Jefferson.
Menurutnya, seluruh kampus amat sedih akan pemergian kedua-dua pegawai itu.
Sambil menyifatkan kedua-dua pegawai itu sebagai "pasangan yang saling melengkapi", kenyataan itu mendedahkan bahawa Painter merupakan orang kuat di majlis perkahwinan Jefferson tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.