Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pegawai kanan RTM direman; 1 lelaki disyaki gelapkan dana Lembaga Zakat Selangor

Dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) direman selama sembilan hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan wang daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Anggaran Waktu Membaca:
2 pegawai kanan RTM direman; 1 lelaki disyaki gelapkan dana Lembaga Zakat Selangor

Logo RTM. (Gambar: Facebook/RTM)

Diterbitkan : 13 Oct 2019 08:19PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 08:21PM

SHAH ALAM: Dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) direman selama sembilan hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan wang daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, berkata kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu adalah antara tiga individu yang ditahan pada 7 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Turut ditahan seorang lelaki berusia 38 tahun, juga pemilik syarikat swasta, yang dibebaskan selepas selesai diambil keterangan. Hanya dua pegawai kanan berkenaan direman sehingga 15 Oktober ini. Seramai 11 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan ini, termasuk dua pegawai RTM dan lelaki berkenaan.

"Kami (SPRM) harap dapat melengkapkan siasatan kes ini dalam masa satu atau dua minggu lagi, menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya," ujar Cik Latheefa kepada wartawan hari ini (13 Okt).

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program sempena ulang tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 hari ini.

LELAKI DITAHAN SUAMI KEPADA PEGAWAI RTM

Kedua-dua pegawai RTM berkenaan difahamkan membuat tuntutan palsu kepada RTM walaupun LZS sudahpun mengeluarkan wang tajaan untuk penerbitan sebuah rancangan televisyen manakala lelaki yang turut ditahan itu adalah suami kepada seorang daripada pegawai kanan berkenaan.

Mengulas mengenai senarai pihak yang dikenakan kompaun berkaitan penerimaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cik Latheefa berkata sehingga kini, tiada pihak tampil untuk menjelaskan kompaun tersebut.

Beliau menambah pihak yang terlibat boleh hadir ke pejabat SPRM untuk berbincang mengenai pembayaran kompaun berkenaan ataupun sekiranya mereka memerlukan tempoh lanjutan bagi membuat pembayaran berkenaan.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan 80 individu dan entiti termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Mohamed Nazir Razak, akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan