Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pegawai Imigresen dituduh terima suapan lebih RM150,000

Dua pegawai Jabatan Imigresen hari ini (14 Dis) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM154,340 (S$50,000) yang dilakukan sejak April 2018 sehingga Nov 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pegawai Imigresen dituduh terima suapan lebih RM150,000

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Dec 2020 07:36PM Dikemas Kini : 14 Dec 2020 07:40PM

KOTA BHARU: Dua pegawai Jabatan Imigresen hari ini (14 Dis) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM154,340 (S$50,000) yang dilakukan sejak April 2018 sehingga Nov 2019.

Tertuduh pertama Mohamad Hariss Rosli, 27, yang didakwa atas 31 pertuduhan menerima rasuah mengaku bersalah atas 18 pertuduhan manakala beliau mengaku tidak bersalah atas 13 lagi pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Tertuduh kedua, Fasmawi Ab Wahab, 24, pula mengaku bersalah atas dua pertuduhan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Hariss yang bertugas di Jabatan Imigresen, Johor didakwa memperoleh wang daripada beberapa individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi melalui akaun Maybank Islamic yang beralamat di Kota Bharu yang keseluruhan berjumlah RM152,940 (S$50,000), sejak April 2018 sehingga Nov 2019.

Atas setiap pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Fasmawi yang juga bertugas di Jabatan Imigresen, Johor menghadapi dua pertuduhan itu, pada 26 Feb 2019 hingga 1 Mac 2019 didakwa memperoleh wang daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi melalui akaun Maybank Islamic Berhad yang beralamat di Jalan Hulu Pasar, Tumpat, membabitkan jumlah RM1,400 (S$460).

Beliau juga didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Zaman Mohd Nor tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jami dan menetapkan 22 Dis sebagai tarikh menjatuhkan hukuman dan fakta.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan