2 pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua orang pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air di negeri tersebut atas kesalahan menerima rasuah.
Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua orang pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air di negeri tersebut atas kesalahan menerima rasuah.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2.00 petang semalam.
Astro AWANI difahamkan bahawa siasatan dijalankan berdasarkan beberapa aduan sekitar 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor.
"Ia difahamkan sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.
"Kedua-dua suspek juga terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini (30 Apr).
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.