2 orang maut serangan tikaman di Quebec, Kanada
Sekurang-kurangnya dua orang mati ditikam di bandar Quebec.

Gambar fail polis Quebec. (Gambar: Facebook/SûretC) du QuC)bec - page officielle)
QUEBEC: Sekurang-kurangnya dua orang mati ditikam di bandar Quebec.
Menurut polis tempatan, suspek kejadian tersebut bersenjatakan pedang dan berpakaian zaman dahulu.
Suspek berusia dalam lingkungan 20-an tahun sudahpun ditangkap.
Lima orang lain turut cedera dalam serangan di bahagian lama bandar Quebec itu.
Suspek sudah dihantar ke hospital untuk menjalani penilaian.
Motif sebenar serangan itu masih belum dipastikan.
Para penduduk dinasihati agar kekal di rumah sementara siasatan lanjut dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.