2 orang cedera susuli serangan ke atas kuil Sikh di Afghanistan
Dua orang cedera apabila sekumpulan orang menyerang sebuah kuil Sikh di ibu kota Kabul pagi Sabtu (18 Jun).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Petikan skrin video di Facebook/TheDutchSikh)
KABUL: Dua orang cedera apabila sekumpulan orang menyerang sebuah kuil Sikh di ibu kota Kabul pagi Sabtu (18 Jun).
Mereka melepaskan tembakan dan melontar bom tangan.
Semasa serangan, kira-kira 30 orang berada di dalam kuil itu.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri Sirajuddin Haqqani menyatakan dua orang cedera apabila pihak penyerang cuba memandu kereta berisi bom ke kawasan kuil itu.
Kereta tersebut dapat diletupkan sebelum sampai ke sasarannya. Penyerangnya pula masih belum diketahui.
Masyarakat Sikh di Afghanistan berulang kali menjadi mangsa serangan. Akibatnya, ramai orang Sikh sudah meninggalkan negara itu.
Kini hanya ada kira-kira 200 orang Sikh di Afghanistan berbanding sekitar 500,000 orang dalam tahun-tahun 1970an.

Sumber : CNA/MU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.