Skip to main content

Dunia

2 mayat ditemui dikerat jari kaki

Dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui pada Ahad (13 Jan) dalam keadaan jari kaki dikerat serta kecederaan pada bahagian muka dan badan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 mayat ditemui dikerat jari kaki

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 09:18AM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:22AM

KUALA LUMPUR: Dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui pada Ahad (13 Jan) dalam keadaan jari kaki dikerat serta kecederaan pada bahagian muka dan badan.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat dicampak di kawasan berkenaan, menurut laporan Astro Awani.

Kedua-dua mayat warga Bangladesh itu masing-masing ditemui di bawah jambatan Jalan Yew, Kuala Lumpur dan di dalam longkang di Jalan Ulu Yam, Gombak, Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata, pihaknya berharap ada individu yang boleh tampil menyalurkan maklumat berhubung dua mayat yang ditemui di lokasi berlainan.

"Kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk tampil bantu pihak polis. Tempat kejadian itu ramai orang lalu, dan kita akan pantau juga rakaman CCTV (kamera litar tertutup)," Astro Awani melaporkan Encik Mazlan sebagai berkata semasa satu sidang media selepas menghadiri program High Profile Policing di pusat beli-belah Setapak Central pada Rabu (16 Jan).

Menurut Astro Awani lagi, Encik Mazlan mededahkan bahawa setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk teman wanita dan juga bekas majikan mangsa. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan laporan itu secara terperinci.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita