2 maut setelah pesawat ringan terhempas di UAE
Sebuah pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad (29 Dis), mengakibatkan kematian juruterbang dan pembantunya, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Penguasa Penerbangan Awam Teluk (GCAA) menyatakan bahawa Divisyen Siasatan Kemalangan Udara telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan pasukan kerja bersama pihak berkuasa berkaitan sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
GCAA turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga serta saudara-mara kedua-dua mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.