Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut, lebih sejuta penduduk bergelap akibat ribut air batu di Kanada

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, lebih sejuta penduduk bergelap akibat ribut air batu di Kanada

(Gambar: CanadaKenyaDad/Twitter)

OTTAWA: Dua orang mati dan lebih sejuta penduduk dua wilayah Kanada terputus bekalan elektrik. Ini setelah wilayah tersebut dilanda ribut hujan air batu pada Khamis (6 Apr) menjelang cuti hujung minggu. 

Ribut hujan air batu itu membawa hujan sejuk dan angin kencang yang menyebabkan pokok tumbang dan menghempap talian elektrik, lapor Reuters. 

Lebih sejuta penduduk di Quebec dan sekitar 120,000 penduduk di Ontario terputus bekalan elektrik pada petang Khamis, menurut Poweroutage.com. Dua wilayah itu menampung lebih separuh daripada kira-kira 39 juta penduduk di Kanada.

Penyedia tenaga elektrik di dua wilayah itu menyatakan usaha untuk memulihkan bekalannya dijangka mengambil masa beberapa hari. Ini bermakna penduduk Kanada mungkin bergelap sepanjang cuti Easter hujung minggu ini. 

Perdana Menteri Justin Trudeau menawarkan untuk memberi bantuan pihak persekutuan, jika ia diperlukan.

"Ia adalah detik amat mencabar. Bekalan elektrik terputus bagi ramai penduduk, pokok tumbang, merosakkan bangunan, kereta dan sebagainya, sudah tentu ia membimbangkan," kata Encik Trudeau kepada wartawan. 

Montreal adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas di Quebec, merangkumi sekitar 50 peratus bekalan elektrik yang terputus di wilayah itu. 

Seramai 1,100 pekerja berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik semalaman. Namun, penyedia tenaga elektrik wilayah itu pada pagi Khamis memberi amaran bahawa lebih banyak insiden sedemikian boleh berlaku. 

Hydro-Quebec berharap untuk memulihkan bekalan elektrik bagi sekitar 70 peratus pelanggannya sebelum tengah malam Jumaat (7 Apr), kata seorang eksekutif syarikat perbekalan itu sewaktu taklimat yang disiarkan di televisyen. 

Beberapa kawasan di ibu kota Kanada, Ottawa, "berbahaya disebabkan runtuhan dan bekalan elektrik terputus yang menjejas isyarat trafik", menurut Datuk Bandar Ottawa, Mark Sutcliffe.

Sumber : Reuters/MU/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan