2 maut ditembak di pasar malam di Pattani
Seorang lelaki dan seorang wanita mati ditembak individu tidak dikenali di sebuah pasar malam di wilayah bergolak Pattani di selatan Thailand.
Gambar fail polis Thailand. (Gambar: AFP/Pornchai Kittiwongsakul)
PATTANI: Seorang lelaki dan seorang wanita mati ditembak individu tidak dikenali di sebuah pasar malam di wilayah bergolak Pattani di selatan Thailand.
Ketua Polis Bandar Pattani Kol Kirati Waeyusof berkata lelaki yang terbunuh dalam kejadian 7.00 malam semalam (30 Ogos)waktu tempatan itu dikenali sebagai Encik Ayib Muda, 58 tahun, seorang sukarelawan keselamatan tempatan.
"Encik Ayib ditembak dua kali pada bahagian kepala oleh individu bersenjata pistol 9mm. Beliau mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui hari ini (31 Ogos).
Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi turut meninjau lokasi kejadian.
Menurut sumber polis, mangsa sedang menjalankan tugas mengintip pergerakan anggota kumpulan militan yang menyamar sebagai penjual di pasar malam itu, terletak tidak jauh dari Masjid Krisek.
Encik Kirati berkata dalam kejadian sama seorang wanita dikenali sebagai Cik Aminah Samae, 40 tahun, yang sedang membeli-belah di pasar itu cedera parah terkena peluru sesat sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pattani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.