Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut dalam nahas pesawat Tentera Laut Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu, kata Ketua Turus Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono pada Khamis (8 Sep), lapor agensi berita Xinhua.

"Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut," kata laksamana itu di sidang media.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Menurut Encik Margono, mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.

"Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis)," kata Encik Margono.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan