2 maut dalam kemalangan motosikal di Linkedua
Anggaran Waktu Membaca:
Linkedua Tuas yang menghubungkan Singapura-Malaysia (Gambar: Mediacorp)
ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat motosikal yang bergesel sesama sendiri di Kilometer 1.7 Lebuh Raya Linkedua arah selatan, di Iskandar Puteri pada pagi Rabu (24 Sep).
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata mangsa warga tempatan berusia 30 dan 31 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selain patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Hasil siasatan mendapati empat penunggang motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura dan bergerak di lorong sebelah kanan, sebelum mereka bergesel sesama sendiri.
"Akibat daripada perlanggaran terbabit, kesemua penunggang motosikal telah terbabas di lorong yang sama dan menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala dua yang lain masih mendapat rawatan di hospital kerana cedera," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Encik Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.