2 maut dalam kebakaran kapal tangki minyak di perairan Korea Selatan
Dua anak kapal terbunuh pada Khamis (27 Ogos) selepas kebakaran meletus di atas sebuah kapal tangki yang membawa produk minyak di perairan Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap, memetik Pengawal Pantai negara itu.
Pemandangan umum yang menunjukkan tangki minyak dan kemudahan di Kompleks Perindustrian Nasional Yeosu, kompleks industri petrokimia terbesar di Korea Selatan, di Yeosu pada 7 April 2026. (Gambar fail: AFP/Shin Yong-ju)
- Dua anak kapal kapal tangki maut selepas kebakaran berlaku di perairan Incheon, Korea Selatan.
- Kapal seberat 7,333 tan itu membawa 18 anak kapal, termasuk tujuh warga asing.
- Kedua-dua mangsa ditemui mati di bilik enjin, manakala 16 anak kapal lain berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai.
- Kebakaran dipadamkan sekitar pukul 4.00 pagi Jumaat, namun punca kejadian tidak dinyatakan.
Kapal seberat 7,333 tan itu membawa 18 anak kapal, termasuk tujuh warga asing, menurut Yonhap.
Kedua-dua mangsa ditemui mati di bilik enjin, menurut Yonhap. Baki 16 anak kapal berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai.
Kapal tersebut berada di perairan Incheon dan kebakaran berjaya dipadamkan sekitar pukul 4.00 pagi pada Jumaat (28 Apr).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.