Skip to main content

Dunia

2 maut, beberapa cedera dalam kejadian tembakan di Minneapolis

Dua orang maut manakala beberapa lagi cedera, termasuk tiga anggota polis, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di bandar Minneapolis, Amerika Syarikat, pada Rabu (2 Sep), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, beberapa cedera dalam kejadian tembakan di Minneapolis

Polis bertindak balas terhadap kejadian tembakan di pusat bandar Minneapolis pada 2 September 2026. (Gambar: AP/Ellen Schmidt)

Diterbitkan : 03 Sep 2026 10:27AM
WASHINGTON: Dua orang maut manakala beberapa lagi cedera, termasuk tiga anggota polis, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di bandar Minneapolis, Amerika Syarikat, pada Rabu (2 Sep), menurut polis.

Suspek turut ditemui mati, kata jurucakap polis Garrett Parten dalam satu sidang media, sambil menambah bahawa punca kematiannya masih belum diketahui.

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, tambah Encik Parten. Empat lagi dibawa ke hospital, dengan seorang daripada mereka kemudiannya meninggal dunia.

Tiga anggota polis turut dibawa ke hospital, termasuk dua yang ditembak. Kedua-duanya dijangka selamat, dengan seorang jurucakap hospital memberitahu AFP bahawa mereka berada dalam keadaan "stabil".

Seorang daripada mereka ditembak di bahagian kaki, manakala seorang lagi sedang menjalani pembedahan. Jenis kecederaan yang dialami anggota polis ketiga masih belum diketahui.

Tiada maklumat mengenai motif serangan diberikan semasa sidang media tersebut.

Gabenor Tim Walz menggesa orang ramai supaya "berdoa untuk Minnesota", manakala Pengarah FBI Kash Patel berkata para pegawainya sedang bertindak balas terhadap kejadian tersebut.

Para pegawai bandar dijangka mengadakan sidang media pada lewat Rabu.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita