2 maut banjir di Indonesia, lumpur tebal hambat gerakan menyelamat
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lapan masih hilang dalam kejadian banjir kilat di Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat (5 Nov).
KOTA BATU: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lapan masih hilang dalam kejadian banjir kilat di Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat (5 Nov).
Banjir itu menyusuli hujan lebat.
Agensi Mitigasi Bencana Indonesia menyatakan air sungai di lereng Gunung Arjuno melimpahi tebing pada Khamis (4 Nov), menyebabkan air berlumpur membanjiri lima kampung di Kota Batu.
Menurutnya 15 orang dihanyutkan air bah dengan lima kemudian berjaya diselamatkan.
Gerakan menyelamat dihambat oleh jalan-jalan raya yang ditutupi lumpur tebal dan barangan lain yang dihanyutkan air bah.
Ketua agensi itu, Ganip Warsito berkata hujan lebat diramal berterusan dan menjadi semakin buruk sehingga Februari depan.
Ia sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca La Nina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.