2 maut, 8 kritikal susulan kejadian tembakan di Universiti Brown, Amerika
Dua orang terbunuh dan lapan lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan di Universiti Brown di Providence, Rhode Island, pada Sabtu (13 Dis), menurut pihak berkuasa.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
RHODE ISLAND: Dua orang terbunuh dan lapan lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan di Universiti Brown di Providence, Rhode Island, pada Sabtu (13 Dis), menurut pihak berkuasa. Pelaku serangan di institusi Ivy League itu masih bebas.
“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat dua individu yang meninggal dunia petang ini, dan lapan lagi berada dalam keadaan kritikal,” kata Datuk Bandar Providence, Brett Smiley, pada satu sidang media.
“Kami tidak mempunyai penembak dalam tahanan pada masa ini,” tambah beliau.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai persekutuan Amerika Syarikat yang lain berada di lokasi kejadian, kata Peguam Negara, Pam Bondi, dalam satu catatan di platform X.
Universiti Brown menerusi lamannya menyifatkan kejadian itu sebagai suatu situasi “penembak aktif”, dengan tiada suspek dalam tahanan polis setakat pukul 5.11 petang Waktu Timur Amerika Syarikat. Media lain melaporkan sehingga 20 individu mungkin cedera dalam kejadian tersebut.
Ketua pegawai maklumat awam bagi keselamatan awam bandar Providence, Kristy DosReis, enggan memberikan butiran mengenai jumlah mangsa yang cedera atau sama ada terdapatnya kematian berikutan kejadian itu.
“Terdapat beberapa individu yang ditembak,” kata Cik DosReis. “Siasatan masih dijalankan dan kami menggesa orang ramai supaya berlindung.”
Presiden Donald Trump berkata di platform Truth Social bahawa beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian tembakan itu.
“FBI berada di lokasi,” katanya. “Tuhan memberkati para mangsa dan keluarga mangsa!”
Universiti berprestij berhampiran Boston itu mempunyai kira-kira 11,000 pelajar.
Kejadian tembakan tersebut merupakan yang terbaharu dalam siri panjang serangan di sekolah-sekolah Amerika Syarikat, di mana usaha untuk menyekat akses mudah kepada senjata api berdepan dengan kebuntuan politik.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.