Skip to main content

Dunia

2 maut, 70 cedera setelah kereta api bertembung

Sebuah kereta api penumpang Amtrak bertembung dengan sebuah kereta api muatan CSX di Carolina Selatan hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, 70 cedera setelah kereta api bertembung

(Gambar: County of Lexigton via REUTERS)

Diterbitkan : 04 Feb 2018 10:52PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 10:55PM

COLUMBIA: Sebuah kereta api penumpang Amtrak bertembung dengan sebuah kereta api muatan CSX di Carolina Selatan hari ini (4 Feb).

Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala lagi 70 cedera, menurut Divisyen Pengurusan Kecemasan Carolina Selatan.

Kereta api yang membawa 139 penumpang dan lapan kakitangan itu sedang dalam perjalanan antara New York dengan Miami apabila ia bertembung dengan kereta api muatan dan tergelincir, menurut kenyataan Amtrak.

"Kereta api 91 Amtrak, yang beroperasi antara New York dengan Miami bertembung dengan kereta api muatan CSX sekitar pukul 2.35 pagi di Cayce, Carolina Selatan," menurut Amtrax dalam satu kenyataan di lamannya.

"Gerabak utama dan beberapa gerabak penumpang tergelincir."

Kereta api itu adalah sebahagian daripada Khidmat Silver Star Amtrak dan sedang menghala ke Miami, menurut laporan media tempatan.

"Kecederaan yang dialami penumpang termasuk luka-luka dan lebam sehinggalah tulang patah. Semua yang cedera sudah dikejarkan ke hospital-hospital tempatan," menurut Pegawai Maklumat Awam SCEMD, Derrec Becker.

Jabatan Polis Lexinton County menyatakan di lamannya bahawa sebuah tempat perlindungan sementara dibangunkan di sekolah berhampiran dan semua orang sudahpun dipindahkan dari kereta api berkenaan. Kakitangan Palang Merah juga memberikan bantuan kepada mereka.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita