2 maut, 4 cedera parah dalam tembakan rambang Paris

(Gambar: Thomas Samson/AFP)
PARIS: Sekurang-kurangnya dua terkorban dan empat yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang yang berlaku di tengah bandar Paris.
Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 69 tahun sudahpun ditahan berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Gare de I’Est yang terletak berhampiran pusat kebudayaan Kurdi.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan yang juga dipenuhi restoran dan premis perniagaan lain dalam tempoh terdekat.
Menurut saksi yang bekerja di kedai berhampiran, suspek melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengorbankan nyawa beberapa orang awam.
Dua daripada yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi cedera parah.
Polis menahan suspek tanpa menerima tentangan dan para pegawai dilaporkan menemui senjata yang digunakan dalam serangan itu.
Pihak pendakwa raya sudah membuka kertas siasatan dan memaklumkan pihak media bahawa masih belum ada petunjuk di sebalik motif kejadian yang berlaku itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.