Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut, 36 cedera dalam nahas bas ekspres

Dua maut, 36 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana, kira-kira 35 kilometer dari sini, awal pagi ini (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, 36 cedera dalam nahas bas ekspres

Bas yang terlibat dalam kemalangan di Ipoh (Gambar ihsan: JBPM)

Diterbitkan : 02 Sep 2018 03:22PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 03:24PM

IPOH: Dua maut, 36 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana, kira-kira 35 kilometer dari sini, awal pagi ini (2 Sep).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi apabila bas yang membawa 37 penumpang terbabit melanggar pembahagi jalan.

"Berdasarkan maklumat awal mangsa yang maut dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan