2 maut, 3 hilang selepas kapal kargo rempuh jambatan Sungai Pearl di Guangzhou
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CCTV menerusi video AP
GUANGZHOU: Dua orang maut dan tiga lagi masih dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo merempuh sebuah jambatan di Sungai Pearl di Guangzhou, selatan China pada pagi Khamis (22 Feb). Seorang anak kapal mengalami kecederaan.
Siasatan awal mendapati lima kenderaan, termasuk sebuah motosikal, berada di atas jambatan Lixinsha di daerah Nansha di bandar tersebut apabila ia dilanggar oleh kapal kargo tanpa muatan itu, sekali gus meretakkan struktur jambatan tersebut.
Dua daripada kenderaan itu terhumban ke dalam sungai berkenaan manakala tiga jatuh di atas kapal tersebut.
Syarikat bas Guangzhou itu menyatakan sebelum ini bahawa salah salah seorang pemandunya bersendirian di dalam kenderaannya ketika ia jatuh dari jambatan. Masih belum diketahui sama ada pemandu tersebut adalah antara mangsa yang terkorban sejauh ini.
Kapten kapal kargo itu, yang sedang dalam perjalanan ke Nansha dari daerah Nanhai di Foshan, telahpun diberkas, menurut laporan Beijing News, yang menukil seorang wakil perundangan tempatan.
Kerja-kerja untuk memperkukuhkan struktur jambatan berkenaan, yang menghubungkan Guangzhou dan bandar-bandar lain seperti Zhongshan dan Shenzhen, mula dijalankan pada 2022 atas sebab-sebab keselamatan.
Namun, jabatan pengangkutan di bandar itu melaporkan kelengahan berulang, memanjangkan tarikh penyiapan kerja-kerja anti-perlanggaran dan pengukuhan dari Ogos 2022 kepada bulan yang sama tahun ini.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.