2 maut, 1,800 pelancong dipindahkan susuli banjir kilat di Petra
Rakaman video yang dikeluarkan menunjukkan air banjir mengalir deras di beberapa bahagian tapak bersejarah itu termasuk The Treasury, mercu tanda ikonik Petra.
Pada masa yang sama, Penguasa Pembangunan dan Pelancongan Wilayah Petra memaklumkan, lebih 1,800 pelancong pula telah dipindahkan dari tapak bersejarah berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka.
Tapak arkeologi yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu ditutup sementara pada sebelah petang menyusuli kejadian tersebut, menurut Astro Awani.
Rakaman video yang dikeluarkan menunjukkan air banjir mengalir deras di beberapa bahagian tapak bersejarah itu termasuk The Treasury, mercu tanda ikonik Petra.
Pihak berkuasa turut memberi amaran agar semua pengunjung mematuhi arahan keselamatan dan terus memantau perubahan cuaca.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.