Skip to main content

Dunia

2 maut, 17 cedera dalam letupan di barat laut Pakistan

Satu letupan kuat berhampiran balai polis di barat laut Pakistan pada Isnin (16 Feb) mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, dan mencederakan 17 yang lain, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pihak polis.
Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, 17 cedera dalam letupan di barat laut Pakistan
Satu letupan kuat berhampiran balai polis di barat laut Pakistan pada 16 Februari 2026 mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, dan mencederakan 17 yang lain. (Gambar: AP/Ammad Khattak)
KARACHI: Satu letupan kuat berhampiran balai polis di barat laut Pakistan pada Isnin (16 Feb) mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, dan mencederakan 17 yang lain, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pihak polis.

Letupan itu, yang terbaharu dalam rentetan insiden seumpamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku di daerah Bannu, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut kenyataan polis tempatan.

Bom dipasang pada sebuah motosikal dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu.

Bannu, yang bersempadan dengan daerah suku kaum bergolak North Waziristan, sekian lama menjadi lokasi pengganasan yang kebanyakannya membabitkan kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP).
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita