Skip to main content

Dunia

2 maut, 16 cedera dalam nahas libatkan bas persiaran dan dua lori di Johor

Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam, pada Khamis (3 Julai) tengah malam. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut, 16 cedera dalam nahas libatkan bas persiaran dan dua lori di Johor

Sebuah bas persiaran dan sebuah lori kelihatan selepas kemalangan berhampiran pekan Ayer Hitam di Malaysia pada 3 Julai 2025. (Gambar: Facebook/JBPM Johor)

Diterbitkan : 03 Jul 2025 05:27PM Dikemas Kini : 03 Jul 2025 06:32PM
JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam, pada Khamis (3 Julai) tengah malam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata mangsa yang maut merupakan warga Indonesia. Mereka dikenali sebagai Hidirman, 43 tahun, dan Zulhadi, 44 tahun. Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit. 

Kata Encik Mohamad Shamin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah malam, sebelum sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota dari BBP Ayer Hitam serta Yong Peng digegaskan ke tempat kejadian. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran, lori 'tow truck' dan lori tangki.

"Terdapat dua mangsa, iaitu penumpang bas yang tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala 16 yang lain cedera termasuk pemandu bas serta 28 lagi dilaporkan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Mohamad Shamin berkata PKO mangsa cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.03 pagi. 
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita