2 maut, 1 hilang dalam nahas bot laju di Bali
Anggaran Waktu Membaca:
Bot laju berkenaan dalam pelayaran dari Pelabuhan Nusa Penida ke Pelabuhan Sanur. (Gambar: AFP)
JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Basarnas, menyelamatkan puluhan penumpang dan menemukan mayat dua warga China dalam nahas bot laju di perairan Sanur, Bali.
Pengarah Operasi dan Latihan Basarnas Edy Prakoso mengesahkan pada Rabu bahawa seramai 80 individu berada dalam bot berkenaan semasa kejadian, terdiri daripada 73 penduduk tempatan, dua warga China dan lima kru, lapor Agensi Berita ANTARA.
“Data terkini menunjukkan 77 orang disahkan selamat, dua maut dan seorang masih hilang,” katanya.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Shi Guo Hong, 20 tahun, dan Hanqing Yu, 37 tahun, kedua-duanya warga China.
Seorang lagi penumpang yang masih hilang ialah Kadek Adi, 23 tahun.
Menurut Basarnas, 15 mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di Hospital Bali Mandara di Denpasar Timur akibat kecederaan dan trauma.
Encik Prakoso menjelaskan kejadian berlaku ketika bot laju Dolphin II sedang dalam pelayaran dari Pelabuhan Nusa Penida ke Pelabuhan Sanur.
Bot itu dilaporkan karam dan terdampar di pintu masuk Pelabuhan Sanur pada petang Selasa, dipercayai akibat dipukul ombak besar.
Selepas menerima laporan, pejabat Basarnas di Denpasar menggerakkan lapan anggota lengkap dengan peralatan menyelamat, termasuk dron pengesan haba.
Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudy Purwagandhi, menyampaikan ucapan takziah dan menggesa tindak balas segera diambil.
“Bagi pihak pemerintah, kami memohon maaf dan akan segera menangani serta menilai insiden ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
“Amaran pelayaran turut dikeluarkan bagi mencegah kemalangan maritim pada masa depan dan memastikan keselamatan pengangkutan laut,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.