2 mati ditikam dalam serangan didalangi ISIS
Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an tahun menikam dua individu sehingga mati dan mencederakan seorang lagi sebelum maut ditembak polis dalam satu insiden di Trappes, Paris.
Gambar hiasan.
PARIS: Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an tahun menikam dua individu sehingga mati dan mencederakan seorang lagi sebelum maut ditembak polis dalam satu insiden di Trappes, Paris.
Demikian menurut laporan media tempatan hari ini (23 Ogos).
"Operasi polis sudah berakhir. Individu terbabit sudah ditangani," menurut polis Paris menerusi kiriman tweet. Ia turut menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu tanpa memberikan butiran lanjut.
Mangsa yang maut adalah ibu dan adik suspek, lapor Reuters.
Ia juga menyatakan bahawa kumpulan militan ISIS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan.
Lelaki itu membunuh mangsa di sebatang jalan. Selepas mengalami kecederaan parah kerana ditembak polis, dia berlindung dalam sebuah rumah di mana dia menghembuskan nafas terakhirnya akibat kecederaan yang dialami, lapor BFM TV.
Penyerang berada dalam senarai pemerhatian perkhidmatan perisikan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan berunsur radikalisme.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.